Monday 14 November 2016

MAKANAN MENARIK


MAKANAN MENARIK DI NEGERI KELANTAN

Image result for AKOK
KUIH AKOK
Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelor. Cara pengandungan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada kebiasaannya akok nisan bewarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja bewarna hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk tekstur berspan.
Image result for lompat tikam
LOMPAT TIKAM
Ia diperbuat dari tepung beras dan santan.Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.Berbanding dengan negeri lain, Lompat Tikam Kelantan lebih istimewa kerana ia ada tambahan pulut yang berwarna merah sebagai highlight untuk menyerikan lagi dan membezakan ianya dari yang lain.
Image result for etok salai
ETOK SALAI
Etak adalah sejenis hidupan cengkerang dan amat popular di Kelantan dijadikan menu hidangan harian serta dijadikan snek ketika bersantai bersama keluarga dan rakan.
Dikenali sebagai corbicula fluminea dalam bahasa saintifik, dulunya amat mudah didapati di sepanjang sungai di negeri Kelantan.  Sebab itu, ia terkenal dan menjadi kegemaran rakyat Kelantan memakannya


Image result for KUIH CEKMEK
KUIH CEKMEK MOLEK
Cek mek molek atau lebih dikenali sebagai cek mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di Kelantan. Ia diperbuat dengan ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng. Kuih tradisional yang tak lapuk di telan zaman ini merupakan kuih yang popular dan cukup di minati.

Image result for NASI KERABU
NASI KERABU
Nasi kerabu merupakan hidangan nasi Melayu, sejenis nasi ulam, di mana nasi berwarna biru yang dimakan dengan ikan kering atau goreng ayam, keropok, jeruk dan salad lain. Warna biru nasi yang terhasil daripada kelopak Clitoria ternatea (Taman Rama-Rama-pea) bunga (kembang telang) digunakan di dalam masakan ini.Nasi juga boleh dimasak dengan nasi putih atau nasi dimasak menggunakan kunyit. Ia selalunya dimakan bersama solok lada dan juga dimakan bersama keropok goreng.















No comments:

Post a Comment